Thursday, October 8, 2009

Dilema di Udara

Ingat tak dulu pernah cerita pramugari Airasia? Snap gambar sorang stewardess ni time tunggu boarding (KK to KL).


Nak tangkap gambar direct bahaya pula. So abang I pura-pura snap gambar I (tu yang nampak sikit, pedulikan). Pramugari tu tak berdosa pun, minta maaf kak. Rambut dia jadi perhatian kami berdua. Tengok seimbas macam Aslan, singa dalam Narnia. Kalau MAS airline tak mungkin ada stail sedemikian, mereka ala-ala profesional. Harus ingat mengingatkan bahawa don't judge a book by its cover kerana rupa-rupanya beliau adalah pramugari penerbangan kami yang ramah tamah. Sekali lagi, minta maaf kak.

Seluruh hidup menaiki kapal terbang, Airasia bermula sebagai kapal terbang yang macam ceh. Tapi sekarang bayangkan berbanding MAS, Airasia kerap tiba setengah jam lebih awal dan jarang-jarang delay (khusus untuk flight KK ke KL). *tepuk tangan* TAPI, kakak I kata plane kurang menjalani daily maintenance iaitu distore di hanger untuk pemeriksaan menyeluruh. Landing take off landing take off. Waw tidakkah itu mengancam nyawa? (kerana selalu menonton Air Crash Investigation).

Dari pandangan peribadi yang cetek, plane MAS menakutkan sewaktu landing. Ada ketika hairan melihat kelajuan landing oleh pilot MAS telah menyebabkan ramai menjerit sewaktu landing (ibarat bola bowling terhempas kuat dan bergolek pantas). Kini hanya tawakal penenang perjalanan di awan dan dua kalimah syahadah sebelum roda kapal terbang mencecah tanah in case meletup terus.

Selain berperang rasa paranoid, perasaan bermain tarik tali antara ingin memesan makanan atas kapal serba serbi mahal. Ribena mobile sedap itu berharga RM4 berbanding di tanah RM2.30. Kalau atas MAS menimbang untuk menjawab pertanyaan "Would you like chicken noodle or fried rice?".

Adakah itu satu dilema?

Monday, January 12, 2009

Mengarut bosan

At the library, hungry. Kenapa ke library? Sbb nak internet. Kenapa hungry? Sbb tgh hari dan ptg tak balik mkn kat kolej. Apa khabar agaknya pakaian dijemur pagi tadi? Engko dah kering ke? Kan hujan tadi, ada siapa2 selamatkan engko tak?

Antara manifestasi globalisasi ialah kepesatan perhubungan secara intensif menerusi revolusi IT dan komunikasi. Cthnya pd zaman dulu, pigeon digunakan utk mengajak Del mkn KFC di Mid tetapi pigeon sampai ke Del pada keesokan harinya. Selepas revolusi IT & Comm, Del menerima teks pesanan ringkas hanya beberapa saat selepas menghantarnya menerusi telefon bimbit mudah alih. Kalau I kaya, I guna vid phone tapi I tak kaya. Pendek kata, sejak dahulu kala sudah ada komunikasi cuma pada zmn skrg, ianya jauh lebih pantas dan canggih. Masalahnya Del tgh budget tak nak mkn KFC. Huhu. KFC, I love you, I do.

How To Write A Winning Slogan
1st, kita kena search perkataan canggih2 kat kamus.
2nd, kita kena susun supaya perkataan2 tu menjadi ayat beritma.
3rd, kita kena buat ayat tu catchy, brilliant dan maybe funny
Tips are not based on experience. Teeeettttt.

London Choco Roll~~
Choco Roll pekat berkrim~
Choco Roll, Choco Roll~~

Saturday, January 10, 2009

KFC Mid

At the library, cold and hungry. Nak mkn KFC. Huhu. Mcm sedap kan. KFC Mid la paling sedap di Malaysia. Coleslaw KFC paling best di Kota Kinabalu, too yummy that you wouldn't want to eat mashed potatoes. Snack plate, spicy, air tukar iced lemon tea, itu sahaja. Ayat pun dah fikir. Huhu. Nak mkn KFC. Merepek makanan.

Semalam tak dapat observe bulan sebab dia kata dia nak berselindung. Dari bilik tak nmpk sgt langit, too bad. Nak turun malas. Bak kata Xora, malas tak payah mkn. Dlm konteks ni, malas tak payah tgk bulan paling besar tahun ni. Malas tak payah mkn, bukan mls nak pegi Mid, duit kurang memberangsangkan. Merepek makanan.

Hari tu tak boleh tidur sbb lapar. Pelik kan. 1st time cmtuh. Nasib bek ada Taffy belikan (I bayar oke) nasi goreng USA. Skrg ni tak boleh menaip sbb lapar...

Laptopku...I miss you

Tadi terbaca, 10 Januari 2009 ialah hari Bulan akan paling hampir dengan Bumi. So it appears bigger. Skrg ni tak gelap lg. Tp kan, KL ni bukan boleh nak observe nightfall, ruang angkasa sentiasa seakan-akan glowing dengan cahaya merah2 jingga a.k.a. pencemaran cahaya pada malam hari. Serius. Nanti I snap gambar. Laptop I rosak la, hantar kat pusat servis komputer kat KPS, RM450 kena charge sebab model laptop compaq I tuh mudah panas, as in panas boleh masak telur mata kerbau. Punca: design problem, dia tak ada air ventilation yg efisyen ditambah dengan AMD yg tidak diketahui fungsinya oleh gadis2 yg tidak bermain graphic game. Maka, berlakulah peleburan Encik Display Chip, akibat dislocated, I tak boleh on laptop I. Ada kata mahal kat KPS sebab cekik darah, ada yg kata Mr Ng (Encik Pusat Servis) suka original parts sahaja apabila membaiki. Conclusionnya, bayar saja laa...papa dah bagi greenlight walaupun suggest patut tak hantar kat Low Yat (sebuah pusat spa di Kuala Lumpur). Mengcalcultekan diri, harap2 dapat ang pow byk sikit CNY nanti, nak bayar laptop tuh. By the way, I tak tau laptop I model apa. Wahaha. Seronok jadi ignorant. I pun tak tau kenapa I guna I. Taffy train I jd mcm ni.

Papa dan mama dah regist utk program Masters hari ni. Semoga mereka tamat bersama2 dengan cemerlang. Amin...Dapat msg dari Abg Dauz (sama2 latihan industri), dia kata tak ada luck di ASM, keempat2 candidate interview hari tu masters dan mereka dapat. Persoalan: Perlukah I perjuangkan Masters lepas graduation? Cadangannya nak sambung hanya dan hanya jika dapat biasiswa. Kalau tak ada rezeki, nak try interview ASM dan SPA (PTD). Cakap senang tapi apa yg akan berlaku? I can't tell.

p/s: Laptop, minggu depan I visit you, jgn homesick2 tau. Sorry I lupa bagi nama. Kalau laptop dah baik, I bagi nama keh

Tuesday, January 6, 2009

Syarikat Kamal

Hari ni Rabu, 7 Januari 2009. Semalam tulis kat nota kuliah, tarikh 6/1/08. Dah tak ingat nak tukar 2009 T_T. Isnin lepas lak pegi naik Monorail, mono tu maksud dia satu, rail tu landasan. Mono tau, bukan Bono. Bono tu maksud dia nama Encik Vokalis U2 tapi tidak diketahui nama sebenar beliau. Sambung cerita, naik Monorail, turun kat Chow Kit, misi: mencari kedai buku Kamal, penjual buku Medical (untuk adik). Info yg diketahui: kedai buku Kamal terletak berhadapan HKL (papa yg bgtau). Wawa mcm mn tu? Xora (roomate) pernah pegi HKL, dia naik LRT turun kat Titiwangsa, naik teksi ke HKL. Selidik punya selidik, Chow Kit dekat gak. So pegi situ naik Bonorail...eh, Monorail. Jalan kaki dalam 15 minit, jumpa kedai tu (kena tanya org arah mana nak jalan). Kedai tu ada papan tanda besar, Syarikat Kamal Penjual Barangan Runcit dan Buku Perubatan. Heh? 2 in 1. Staf dia baik sgt2, ckp la nak buku medic yg biasa dibeli budak2 USU, dia pun cari, I pun belek2 la, tukar buku lain yg cmbest. Calculate2, harga RM842. Ckp kat org tu nanti adik datang ambil dan bayar. Sori tau Incik, I tak ada duit nak bayar skrg. Motif kisah ni: siapa nak cari buku medic murah dan sentiasa available, belilah di situ (promote sebab dah susahkan Incik tu)...

Wednesday, December 31, 2008

31 Disember 2008

Hari ni paling last 2008, tahun pelbagai isu menduga ketabahan mereka2. Isu beras la, isu minyak la, isu bencana alam la, cerai berai artis la. Kebanyakan tak affect student yg duduk kolej dan tidak mempunyai kenderaan. Wahaha. Hari Isnin lepas (29 Disember 2008) kan flight, papa ngan mama hantar g Kota Kinabalu International Airport. Banyak lak brg bawak, mostly yg berat nak handcarrynya ialah Along punya cookies, tart nenas, kek lapis, karipap, sambal udang, beg kamera ngan limau mandarin T_T. Kiriman dari rumah la sebab Along study kat Melaka. Yang tak tahannya, tart nenas tu buat sejam sebelum nak bertolak dari rumah. Malam sebelumnya buat cookies. Papa BANYAK kali tanya "pukul berapa flight~~" dengan nada usik. Jawab sj la "pukul 2~~". Worst thing yet to come.

Tart nenas tu br keluar oven, letak atas pinggan bagi sejuk dalam kereta. Pastu kiss2 didi, salam2 semua org, bertolak ke airport pukul 12.25 tgh hari. Sampai airport tu, tart nenas tu dah sejuk so mama n papa tlg pack masuk bekas. Sorg2 la pergi scan bagasi dan check in. Confident betul la bagi IC dengan printed ticket dekat pegawai MAS, perempuan. Tengah2 dia taip2 tu, angkat la bagasi, nak tengok berapa berat. Tetiba dia kata "Dik, tak ada la flight keluar dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pukul 2, sebenarnya adik penumpang flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, pukul 2". All I can say is, "OH NO". Kecuakan tahap melampau. Nak cakap kat org tu pun ayat tunggang langgang. Cepat2 call mama, cakap "oh no, ma...". Mama kata "apsal???". Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Patut la lancar sangat perjalanan pagi tu. Last2 mama dtg kat kaunter, ckp2, pastu mama kata ikut pergi ofis MAS tingkat 2. Bagasi tu angkat semula letak kat troli T_T. Nak bagi papa jaga troli jap sebab nak ikut tgk mama urus tiket salah tu tapi papa kena jaga kereta. Wawawa.

So last2, duduk termenung dengan bagasi. Mama dtg semula, dapat flight pukul 5.35 petang tu. Heh. Pergi check in, time tu baru nak masuk pukul 1. Segala2 cookies, tart nenas masuk semula ke kereta, balik rumah jap. Lambat lagi flight. Singgah City Mall jap, beli2 brg kat Giant. Tengah tgk2 brg tu, tetiba teringat arituh minta mama beli seekor sotong tengah terbaring atas ais. Nampak mengujakan gitu. Lupa sotong tu ada menginap dlm fridge. Call rumah, suruh masakkan. Hehe. Siapa tak suka makan sotong dan seangkatan dengan sotong tu such as udang, ketam, kerang dsb, anda memang rugi (kecuali mereka yg alergik sebab what to do kan). Dah sampai rumah tu, semua gelak. Dari adik ke aunty ke abang, semua gelak T_T. Beriya sangat salam tadi. Tak kisah la, dapat mkn sotong. Dappppppp. Ammm amm ammm. Pas makan, baring2 tgk tv, pastu tertidur. Bgn semula, siap2, dorg hantar semula ke airport. Kali ni, salam papa dlm kereta sj, mama hantar sampai pintu balai perlepasan. End of journey dari Kota Kinabalu.

Tak berapa minit dalam flight, cuaca tak baik, plane tu menjunam tiba2. ramai perempuan menjerit. Bkn menjunam tu yg mencuakkan, org jerit yg buat terkejut. Takda la menjunam nak crash, kalau crash tu gaya kuak lentang la. Ni just menjunam sikit pastu stable. Ekele. Tak berapa minit lepas aksi junam tu, tiba2 ada lightning betul2 kat luar tingkap (duduk window seat, mama ckp senang tidur). Yg ni terkejut sgt2. Huhu. Takut2. Daripada takut baik tidur. So tidur la...sampai la tetiba ada suara pramugara tanya, "Would you like spagetti or dot3". Ntah or what. Bukak sj mata "Err spagetti please". Or what??? Apakah makanan selain spagetti ituh? Nak susun ayat English tak sempat. Boleh tau spagetti dan apa? Ni la bahasa Inggeris tak lepas. Huhu. Ni la student Universiti Malaya. Jenguk org sebelah, rupa2nya meal satu lagi tu nasi ayam.

Sampai KLIA, sesat nak cari stesyen bas. Hish, lif purple tu kembar sangat la. Kepada sesiapa yg mencari stesyen bas ke KL Sentral, Pudu, LCCT dan Nilai KTM, sila ikut arah ke Hotel Pan Pacific. Jangan percaya lif purple tu, dia tipu. Tipuhhh. Apa2 pun, alhamdulillah, selamat sampai. Kali ni memang kena check betul2 sektor (destinasi dari mana ke mana dalam tiket plane tu) dan time. Huhu. Kecewa betul. Bak kata papa, "pukul brp flight~~". Next time tambah satu lagi ayat, "dari mana ke mana~~".

Azam tahun baru, nak jimat duit, try amal frugalisme. Tapi tadi, Del ngan Xora beli kerepek dari Mak Cik Kerepek yg datang ke floor. So, beli jugak la 1 bungkus kerepek bawang, RM2 sebab takkan nak mkn dorg punya sj. Nak jugak offer dorg. Ptg td jual text book subjek sem lepas, Marketing. Beli dulu dalam RM30 lebih, jual RM25. Nose (jenama kasut) ada sale, nak beli tapi nak jimat. Diesel & B.U.M. pun ada sale (bukan jualan, just jualan murah dalam istilah org Malaysia). Nak beli tapi nak jimat. Nasib baik tak masuk Jusco lagi.

Tadi jumpa Pn. Rosnah, penyelia Projek Penyelidikan aka Thesis. Tunjuk dia questionaire br buat semalam tidur kul 3 pg. Dia kata VC UM (bkn visi) yg baru, baru2 sj wajibkan para Prof menerbitkan makalah (artikel) penyelidikan mereka ke jurnal berimpak tinggi. As if right timing, tgh buat tajuk Pembudayaan Penulisan Dalam Jurnal Berimpak Tinggi: Respon Ahli Akademik Fak Sains, UM utk thesis. Alaa VC ni, cm tau sj. High five sikit. Skrg questionaire Pn. Rosnah dah approvekan, tinggal nak finalise bagi cantik. Surat kebenaran pun dah tiru Xora punya, jabatan Geografi punya. Pastu nak kumpul no. bilik para lecturer jabatan Fizik, Kimia dan Institut Sains Biologi. Semua lecturer fak sains anggaran dalam 300 org, so nak buat 100. Harap2 dorg tak busy.

Kepada Ena, Untel dan Didi, orang tak dapat main Pet Society, wireless slow. Tolong bagi makan pet orang...