Thursday, October 8, 2009

Dilema di Udara

Ingat tak dulu pernah cerita pramugari Airasia? Snap gambar sorang stewardess ni time tunggu boarding (KK to KL).


Nak tangkap gambar direct bahaya pula. So abang I pura-pura snap gambar I (tu yang nampak sikit, pedulikan). Pramugari tu tak berdosa pun, minta maaf kak. Rambut dia jadi perhatian kami berdua. Tengok seimbas macam Aslan, singa dalam Narnia. Kalau MAS airline tak mungkin ada stail sedemikian, mereka ala-ala profesional. Harus ingat mengingatkan bahawa don't judge a book by its cover kerana rupa-rupanya beliau adalah pramugari penerbangan kami yang ramah tamah. Sekali lagi, minta maaf kak.

Seluruh hidup menaiki kapal terbang, Airasia bermula sebagai kapal terbang yang macam ceh. Tapi sekarang bayangkan berbanding MAS, Airasia kerap tiba setengah jam lebih awal dan jarang-jarang delay (khusus untuk flight KK ke KL). *tepuk tangan* TAPI, kakak I kata plane kurang menjalani daily maintenance iaitu distore di hanger untuk pemeriksaan menyeluruh. Landing take off landing take off. Waw tidakkah itu mengancam nyawa? (kerana selalu menonton Air Crash Investigation).

Dari pandangan peribadi yang cetek, plane MAS menakutkan sewaktu landing. Ada ketika hairan melihat kelajuan landing oleh pilot MAS telah menyebabkan ramai menjerit sewaktu landing (ibarat bola bowling terhempas kuat dan bergolek pantas). Kini hanya tawakal penenang perjalanan di awan dan dua kalimah syahadah sebelum roda kapal terbang mencecah tanah in case meletup terus.

Selain berperang rasa paranoid, perasaan bermain tarik tali antara ingin memesan makanan atas kapal serba serbi mahal. Ribena mobile sedap itu berharga RM4 berbanding di tanah RM2.30. Kalau atas MAS menimbang untuk menjawab pertanyaan "Would you like chicken noodle or fried rice?".

Adakah itu satu dilema?