Wednesday, December 31, 2008

31 Disember 2008

Hari ni paling last 2008, tahun pelbagai isu menduga ketabahan mereka2. Isu beras la, isu minyak la, isu bencana alam la, cerai berai artis la. Kebanyakan tak affect student yg duduk kolej dan tidak mempunyai kenderaan. Wahaha. Hari Isnin lepas (29 Disember 2008) kan flight, papa ngan mama hantar g Kota Kinabalu International Airport. Banyak lak brg bawak, mostly yg berat nak handcarrynya ialah Along punya cookies, tart nenas, kek lapis, karipap, sambal udang, beg kamera ngan limau mandarin T_T. Kiriman dari rumah la sebab Along study kat Melaka. Yang tak tahannya, tart nenas tu buat sejam sebelum nak bertolak dari rumah. Malam sebelumnya buat cookies. Papa BANYAK kali tanya "pukul berapa flight~~" dengan nada usik. Jawab sj la "pukul 2~~". Worst thing yet to come.

Tart nenas tu br keluar oven, letak atas pinggan bagi sejuk dalam kereta. Pastu kiss2 didi, salam2 semua org, bertolak ke airport pukul 12.25 tgh hari. Sampai airport tu, tart nenas tu dah sejuk so mama n papa tlg pack masuk bekas. Sorg2 la pergi scan bagasi dan check in. Confident betul la bagi IC dengan printed ticket dekat pegawai MAS, perempuan. Tengah2 dia taip2 tu, angkat la bagasi, nak tengok berapa berat. Tetiba dia kata "Dik, tak ada la flight keluar dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pukul 2, sebenarnya adik penumpang flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, pukul 2". All I can say is, "OH NO". Kecuakan tahap melampau. Nak cakap kat org tu pun ayat tunggang langgang. Cepat2 call mama, cakap "oh no, ma...". Mama kata "apsal???". Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Patut la lancar sangat perjalanan pagi tu. Last2 mama dtg kat kaunter, ckp2, pastu mama kata ikut pergi ofis MAS tingkat 2. Bagasi tu angkat semula letak kat troli T_T. Nak bagi papa jaga troli jap sebab nak ikut tgk mama urus tiket salah tu tapi papa kena jaga kereta. Wawawa.

So last2, duduk termenung dengan bagasi. Mama dtg semula, dapat flight pukul 5.35 petang tu. Heh. Pergi check in, time tu baru nak masuk pukul 1. Segala2 cookies, tart nenas masuk semula ke kereta, balik rumah jap. Lambat lagi flight. Singgah City Mall jap, beli2 brg kat Giant. Tengah tgk2 brg tu, tetiba teringat arituh minta mama beli seekor sotong tengah terbaring atas ais. Nampak mengujakan gitu. Lupa sotong tu ada menginap dlm fridge. Call rumah, suruh masakkan. Hehe. Siapa tak suka makan sotong dan seangkatan dengan sotong tu such as udang, ketam, kerang dsb, anda memang rugi (kecuali mereka yg alergik sebab what to do kan). Dah sampai rumah tu, semua gelak. Dari adik ke aunty ke abang, semua gelak T_T. Beriya sangat salam tadi. Tak kisah la, dapat mkn sotong. Dappppppp. Ammm amm ammm. Pas makan, baring2 tgk tv, pastu tertidur. Bgn semula, siap2, dorg hantar semula ke airport. Kali ni, salam papa dlm kereta sj, mama hantar sampai pintu balai perlepasan. End of journey dari Kota Kinabalu.

Tak berapa minit dalam flight, cuaca tak baik, plane tu menjunam tiba2. ramai perempuan menjerit. Bkn menjunam tu yg mencuakkan, org jerit yg buat terkejut. Takda la menjunam nak crash, kalau crash tu gaya kuak lentang la. Ni just menjunam sikit pastu stable. Ekele. Tak berapa minit lepas aksi junam tu, tiba2 ada lightning betul2 kat luar tingkap (duduk window seat, mama ckp senang tidur). Yg ni terkejut sgt2. Huhu. Takut2. Daripada takut baik tidur. So tidur la...sampai la tetiba ada suara pramugara tanya, "Would you like spagetti or dot3". Ntah or what. Bukak sj mata "Err spagetti please". Or what??? Apakah makanan selain spagetti ituh? Nak susun ayat English tak sempat. Boleh tau spagetti dan apa? Ni la bahasa Inggeris tak lepas. Huhu. Ni la student Universiti Malaya. Jenguk org sebelah, rupa2nya meal satu lagi tu nasi ayam.

Sampai KLIA, sesat nak cari stesyen bas. Hish, lif purple tu kembar sangat la. Kepada sesiapa yg mencari stesyen bas ke KL Sentral, Pudu, LCCT dan Nilai KTM, sila ikut arah ke Hotel Pan Pacific. Jangan percaya lif purple tu, dia tipu. Tipuhhh. Apa2 pun, alhamdulillah, selamat sampai. Kali ni memang kena check betul2 sektor (destinasi dari mana ke mana dalam tiket plane tu) dan time. Huhu. Kecewa betul. Bak kata papa, "pukul brp flight~~". Next time tambah satu lagi ayat, "dari mana ke mana~~".

Azam tahun baru, nak jimat duit, try amal frugalisme. Tapi tadi, Del ngan Xora beli kerepek dari Mak Cik Kerepek yg datang ke floor. So, beli jugak la 1 bungkus kerepek bawang, RM2 sebab takkan nak mkn dorg punya sj. Nak jugak offer dorg. Ptg td jual text book subjek sem lepas, Marketing. Beli dulu dalam RM30 lebih, jual RM25. Nose (jenama kasut) ada sale, nak beli tapi nak jimat. Diesel & B.U.M. pun ada sale (bukan jualan, just jualan murah dalam istilah org Malaysia). Nak beli tapi nak jimat. Nasib baik tak masuk Jusco lagi.

Tadi jumpa Pn. Rosnah, penyelia Projek Penyelidikan aka Thesis. Tunjuk dia questionaire br buat semalam tidur kul 3 pg. Dia kata VC UM (bkn visi) yg baru, baru2 sj wajibkan para Prof menerbitkan makalah (artikel) penyelidikan mereka ke jurnal berimpak tinggi. As if right timing, tgh buat tajuk Pembudayaan Penulisan Dalam Jurnal Berimpak Tinggi: Respon Ahli Akademik Fak Sains, UM utk thesis. Alaa VC ni, cm tau sj. High five sikit. Skrg questionaire Pn. Rosnah dah approvekan, tinggal nak finalise bagi cantik. Surat kebenaran pun dah tiru Xora punya, jabatan Geografi punya. Pastu nak kumpul no. bilik para lecturer jabatan Fizik, Kimia dan Institut Sains Biologi. Semua lecturer fak sains anggaran dalam 300 org, so nak buat 100. Harap2 dorg tak busy.

Kepada Ena, Untel dan Didi, orang tak dapat main Pet Society, wireless slow. Tolong bagi makan pet orang...

Saturday, December 27, 2008

28 Disember 2009


Hari ni, 28 Disember 2009, PLKN Kumpulan 1, Siri 6/2009 dah start mendaftar kat kem masing2. Dulu Siri 2, skrg ni dah Siri 6 dah. Nana, ex-roomate yg baik hati dulu Siri 1, time tuh dorg duk kem betul2 kem. Dahsyat kan, open air gitu. Siri 2 means budak2 lahir 1987 ni dapat duk rumah mini, rumah square yg comel. Best2. Hahax. Skrg ni, tak tau la mcm mana rupa kem dorg. For sure upgrade. Entah2 ada tandas dlm rmh, tak aci2.

Siapakah gadis ayu tomei2 kat sebelah tu? Haa, tu la Fara Wahida, nama pun lawa bak orgnya. Gmbr lak cilok dari friendster dia, tak baik sungguh. Lalala. Dia bakal wirawati Siri 6 ni, jap mengira *86, 87, 88, 89, 90, 91*. Wah, dia lahir 1991 la, 90s. Kepada Fara, selamat menjalani once in a life time experience, best2!

Esok 29hb Disember 2009, balik kampus. Balik semula ke 4th College yg...dah 2 tahun ditatap hari2. Tak packing lg, belum sampai seru. Flight kul 1400, kul 2 pm la. Hari tu adakah bengong, 1900 flight balik Kota Kinabalu, ntah serangan saraf otak or what, ingat flight kul 9 mlm. Nasib baik kakak call, confirm balik. Terus tak jadi attend kelas petang tu, cabut pergi airport. Panic! Sejak hari bersejarah tu, mimpi mcm2 bila nak naik plane. Hari tu mimpi terlepas flight dan menangis sia2 kat airport. Ngeri bila fikir terlepas flight, lainlah bas. Bukan main2 punya hal woo kalau termiss kapal terbang. Nak mampus?

This time naik MAS, so turun kat KLIA. Honestly, Air Asia ok sangat dah. Dulu mula2 Air Asia nak masuk market memang la teruk, dengan pramugari-tak-lulus-interview-MAS *tak kata, abang yg kata*, dalam flight pramugara pulak kata "sampah, sampah" sebab nak clear sampah dari penumpang (jimat maintanence cost) sambil bawak beg plastik hitam tuh dari depan sampai belakang. Ala2 konduktor bas Kolombong dulu. Flight pun selalu delay. Bagasi lambat keluar. 1 saja kebaikan, penumpang jadi akrab. "Adik study KL ke? Abang selalu naik MAS tapi flight full so terpaksa naik Air Asia. Teruk betul Air Asia, tengok pramugari *pointing sorg cabin crew*, dah la make up macam hantu, tak pandai senyum pulak tu. Aduhhh". Skirt sexy semacam, sedih tengok. Nasib baik skrg sopan sikit. Huhu.

Pastu airport Air Asia kan kat LCCT (Low Cost Carriage Terminal), again reduce cost, operating cost kat KLIA kan tinggi, canggih gitu, siling berseni 14 keping ala2 14 states+federal territory kata adik. Ntah betul ntah tidak, esok kira. LCCT simple dan digemari warga emas sebab memang sangat senang. Aunty datang Sabah hari tu kata panic bila kat KLIA, ada signboard pun nak mempanic gak. Nak gak. Nak gak. Mula2 jejak KLIA dulu pernah sesat sebab ada dua lif dia yg warna purple itu mcm kembar, ingatkan sama. Wahaha. Mcm Mid Valley, mula2 sesat, skrg mcm tak benda kat situ, shrinking mcm. Ahaha.

Zaman ke dulu lagi, Subang Airport (skrg Sultan Abdul Aziz Shah Airport) yg nostalgia itu, tak sempat nak explore lebih2. Rasanya simple gak kot. Last jejak Airport Subang, time Saramina (Sarah Aminah, kazen) baru lahir. Jap nak kira pakai kalkulator dalam komputer *2008-1995*, 13 tahun lepas. Yg rindunya, naik plane Transmile. Kena naik dulu bas (best part, tak tau kenapa best) dari airport ke kapal terbang. Zaman tak canggih gitu. Tapi...LCCT skrg kena jalan kaki ke plane.

Berbalik kepada kenapa Air Asia dah ok, hmm...salah satu sebab ialah plane itu sendiri. Setakat ni operate pun 1 jenis kapal terbang KK-KL, Boeing 737 (jimat maintainence cost, Airbus on its way!), terbiasa sangat dengan 3 seat kiri kanan. Sempit gak ruang kaki but then, I tak kisah. Ahaks. Kalau MAS, cm mystery box lagaknya, tak tau naik plane mana (ceh padahal dari no flight leh tau). Pernah naik 3 seat kiri, 4 tengah, 3 kiri kot, kanak2 riang mula la buat playground. Mentang2 la luas. Tension betul. Lagi 1, ni tidak dapat dikesan adakah psikologi or what, aircraft dia terasa lebih stabil dari MAS. Benarkah? Ntah la.

Either one pun best...yala sangat, best, bosan atas plane. Yg penting balik Kuala Lumpur, settle pendaftaran kursus. Haihhh clash subjek SnT yg nak ambil. Nak buat cm mana ni?



Gambar time 1st year, gembira saja~
Skrg dah 3rd year, serabut kepala susun jadual. Dulu semua dah tersusun cm magik, tggl nak bergembira saja~

Tuesday, December 16, 2008

Freegans

Freegans. Free + Vegan. Does that rings a bell? Nope, not for me. Heard this on the Oprah Winfrey Show, my favourite talk show on TV! Except for the sandwich episode...I was hoping for something more than her love for food T_T. You can always ask Wiki what's freegans, ain't going to explain in depth. Freegans are people who employ alternative strategies for living based on limited participation in the conventional economy and minimal consumption of resources (http://freegan.info/). Basically it is a lifestyle of people with MONEY (affordable people) and MESSAGE (and to spread the message too) that decided to cut off their spending on food, furniture, clothes etc by JENG JENG! finding them in the garbage bins! Man! Tabik spring! Not that they don't have the money, it's how over-consuming we are triggers them to make a very bold political statament, I mean, just how many people are willing to step forward and actually practise such a lifestyle? They are "cakap serupa bikin". Waw. Pulling out edible food out of trash, it is possible.

Fruits found by freegans (pix thestar online)

My bro once working in a fast food chain, they helplessly throw all the unsold yummy2 food and not allowed to tapau. Sayangnya~. Well, the food belongs to the company until it gets into the dumpsters. In the Oprah show, they sent this lady to join the freegans in a trash tour. Many are white-collar workers and they found a lot of food in good condition. Grocery stores simply get rid of slightly dented (kemek) canned food and any packaged food near their expiry date for legal reasons. These freegans "save" the food we selfishly ignore. At one point, a freegan showed a dozen of egg kena buang just because an egg pecah T_T. Haaa? What a waste!


Last night I text message my dad a simple sentence because he was driving, "Pa beli roti sdap". 1st, I was hungry (avoiding rice), 2nd, some bakery stores have their own happy hour, discount bread and all. Buy one free one, half price etc. Yummy2 breads were all I ate last night. Thank goodness they're doing that daripada supermarket buang2 vege, fruits, canned foods, yummy food, just because it's their policy to protect them from any legal actions in case the foods they're giving out will cause health damage. But there are stores doing that, giving out to-be-discarded-food to charity. People always choose the best, the freshest, the nampak sedap'est, elok'est, cantik'est, bersinar-sinar'est before taking it off the shelf, don't you? Money value la kononnya, walaupun no more sinar2 by the time you finally have the time to cook/eat them. So, the unsold products, the least sinar2, the one intended to be thrown away, will be given out to charity. Uhmm...never heard of Malaysian company doing that though. I wish they did. Elak pembaziran. We should really remind ourself on how much we consume, over spending. I am reminding myself, by writing this entry. End of freegans.


Afgan Syah Reza, he is too cute to be true. His voice is so beautiful! Bak kata dorg, smooth, charming and romantic. Yeap, it's true. He is a newcomer in our music industry from Indonesia, Terima Kasih Cinta as his 1st single and he is only 19! Nevermind about Nubhan (ceh kejam), all the songs in Afgan's 1st album, 1st Confession is worth listening to, seriously.


The talented and cute Afgan

Saturday, December 13, 2008

Beringis Beach Resort

Khamis lepas tengah dibuai tidur berlebihan, kena kejut bangun, jadi driver. Jadi driver saja tak apa la, ni kena tengok2kan adik2 berenang atau main pasir. Bak kata Taffy, Baywatch. 3 hari pulak tu. Huwaa. Dulu pernah gak, ammaaaa~ Bosan (with the big B). Nak tak nak, jadilah driver blur, tak tau jalan. Fikir2 balik, tak kisah jadi driver sebab lesen ni pun kena sponsor, kira adik-beradik semua, beribu2 parents keluar duit nak bagi pandai bawak kreta. So drive la ke Beringis Beach Resort, ingatkan sangat2 jauh, tak pun. Lepas dari Kinarut sikit saja. Mama outstation, ada meeting kat situ. Orang yang handle venue mesyuarat ni sengaja pilih tempat peranginan atau dekat dengan shopping mall. Selalu tag along bila mama mesyuarat. Dah besar2 ni, sorry la sikit, dulu pergi Pine Resort along the way nak ke Kundasang tu, bosan duk bilik yang tak ada Astro T_T. Tapi kalau mama oustation kat KL tu, mesti pergi, lepas tension duduk KL sorang2. Makan pun sedap. Haha.

Berbalik kepada Beringis tadi, tempat tu quite OK, tapi rasanya pemandangan Tanjung Aru nicer. Just sunset Beringis sebelah kiri pantai, so romantik berbanding Tanjung Aru sebab Tanjung Aru matahari terbenam depan mata, as if masuk laut. Ala2 Full Metal Panic, Chidori tengok TV pasal footballers berlari ke arah matahari terbenam di tepi pantai. Hari kedua di Beringis barulah ke swimming pool. Didi dengan Untel sajalah swim, dah la pandai2 pakai errr...pelampung keselamatan. What do I do? Biarkan mereka dan duduk dan duduk dan terus duduk. Mula2 munch2 junk food, lama2 kunyah pun menjadi perkara membosankan. So bertext messages sajalah. Dulu2 sangat paranoid, sikit2 lari tengok adik ke mana dah kalau hilang. Sikit2 warning jangan pergi dalam sangat. Tak berkelip mata perhati adik. Sekarang, hilang 5 minit tak apa. Jangan 10 minit sudah.

Waktu tolong tengok adik main pasir, tak boleh jadi nih. Kena join. Suka buat sand castle. Nak buat besar2 punya. Dulu suka buat jugak tapi sebab adik-beradik agak2 sebaya ramai, asyik gelak2 main ombak besar. Sand castle tu perkara kedua. Kalau buat pun kecik. Last2 lari ke pantai. Tak pun cari lokan. Kalau buat sand castle dulu, sure ada sungai buatan manusia di keliling istana tu. Lepas tu ada seashells hiasan dengan cone yang jatuh dari pokok2 tepi pantai. Sekarang, seashells pun dah berkurangan. Unattractive umang2 ada la. So terbinalah castle yang tak lawa. By the time nak buat tangga (bajet Angkor Wat kat Cambodia tu), dah malas. Start panas pulak tu. Bahang sekarang pun bukan macam zaman dulu. Dulu boh losyen tak apa. Sekarang kena consider SPF 15. Okie, tengok la pix~ Da~


Duduk tengok adik2 main air


Kat pantai depan Beringis Beach Resort

Istana Pasir itu

Thursday, December 4, 2008

PLKN at Kem Wawasan Kg. Ovai Siri 2 Kumpulan 2/2005

This is going to be a very long post. I want to retype my diary during PLKN at Kem Wawasan Kg. Ovai Siri 2 Kumpulan 2/2005. A fond memory that totally change my life. Titik tolak from a very pendiam person to a talkative one. Haha. This is for real:

14/03/05
Hari Pertama
6.05 ptg
Awal pagi dah bgn, packing. Around 8 o'clock keluar rumah, ke sekolah utk cop sijil as the original one MESTI dibawa ke kem. Naik bas n0. 4, tp Ivy sudah jln dgn bas yg early. Besides me, ada seorg girl cina (Wivnoda) chat dgn kwnnya (Joyce) di belakang. Nadia juga naik bas yg sama. Wivnoda is a very friendly fella but I prefer to duduk diam coz extremely sebak, unbelievably able to hold back my tears. 1 hour later, 9.20 pg sampai ke kem dan terpaksa membawa 2 beg besar lalui jambatan...

15/03/05
Hari ke-2
11.15 mlm
I miss my family...
Blackout every now and then. Scared at first but get used to it now.

16/03/05
Hari ke-3
5.40 pg
Rasanya byk yg tak sempat ditulis. Skrg sudah ada kumpulan. Br kelmarin dibuat. At first tidur 1 bilik dgn Ruth, Iza, Cheng2, Wivnoda, Joyce, Nadia dan Diya. Bilik no.16. Tp kena pindah ke bilik no.10 yg berada betul2 bertentangan. Nama kumpulan Charlie. Yg lain Alpha, Bravo dan Delta. Ramai jugak org. Skrg 1 bilik dgn Patin, Za, Nana, Mel, Ain dan Ana. Setiap katil ada loker. Makan pula mewah2. Kdg2 sedap, kdg2 tak berkenan. Mungkin hari ni br mula latihan. Semalam time girls main game, boys ada yg kena botak. Budak All Saints ada juga. Khung, Chung Ting Kang, Shirley, Ivy, bla3...Seluar tak cukup. Baju pun sikit saja sebab baju sukan dan kelas belum kena bagi. Baju celoreng dan boot rupa2nya pinjaman saja. Towel, tudung, berus dan tali pinggang sj yg baru. Mandi pula ok sebab byk tandas. Agak memuaskan kebersihan dia tp home is better. Waaayy better. I miss my family, home, friends, hp, room, internet, blogspot, TV, etc. I want to go HOME!!

17/03/05
Hari ke-4
5.00 pg
Gd morning! Last night lena terus padahal selama ni susah nak tidur w/pun mengantuk. Smalam byk aktiviti - kelas silang budaya (modul kenegaraan) dan nama kumpulan ialah Juara (duh~). Dlm tu kenal 1 budak yg 1 kepala. Nama dia Elviana, budak kadazan. Lepas tu ada ceramah oleh staf bhgn disiplin dan doktor. Mlm ada aktiviti ntah apa tu. Guru2 utk modul fizikal pun dikenalkan. Hari ni tak tau apa pulak. Skrg tgh berkumandang lagu2 pagi dr speaker di luar. Harap2 kelas hari ni syok sbb I miss HOME!! Tak berani nak call or suruh dtg sbb takut nangis bila diorang dah nak balik or time bercakap....ishk ishk

18/03/05
Hari ke-5
10.35 pg
Pg ni kawad. Bgn pukul 4 lebih. Mandi, cuci baju etc. Kumpulan Charlie berkumpul pukul 5.30 pg dan pergi pdg kawad lebih kurang 5.45. Td ada kelas silang jantina. Boring sikit......
2.02 ptg
Oh ya, dlm kelas tu ada seorg boy yg OMG, rupa dia exactly mcm Qayum. Mula2 nak bagitau Mimie tp lupalah pulak Mimie di PKN Tuaran.

19/03/05
Hari ke-6
10.30 mlm
Hari ni hari Sabtu. Yay! Boleh tidur sampai t/hari esok. Hari ni br dpt kasut sukan, kasut kelas dan fail. Ok la kasut sukan...selesa dan cantik. Ingat td nak call kwn2 tp nanti la. Esok call rumah. Sengaja tahan tak telefon. Takut nangis kalau time bercakap tu. Skrg room mate semua dah biasa dgn karakter diorang. Lebih selesa drpd mula2 sampai dulu. Ok la...nak cuba tidur. Skrg tgh karaoke di dewan mkn tp sejuk dan mengantuk

20/03/05
Hari ke-17
11.55 pg
Ahad = cuti. Alahai...bestnya tidur sampai pukul 9. Biasa bangun pukul 4.00 pagi. 4 lebih mandi. Taklah sejuk sgt. Bilik mandi besar jugak. Ada 2 utk kumpulan Charlie. Hari ni hari keluarga melawat. Tapi takda org nak dtg. Tak bgtau mama dgn papa, jd tak tunggulah. Setakat ni br 2 sms send dekat mama. Itupun simple. Nanti nak pergi call. Call semua kwn. Masalahnya kena guna kad fon. Tak jual pula tu...Laparlah. Tak sarapan dgn minum pg. Makan t/hari sjlah.

21/03/05
Hari ke-8
12.49 t/h
Hari ni dikatakan hari terpanas. Adoi...kena minum air byk2. Semalam peristiwa "itu". Takut gak. Lupakan, lupakan.
BENCI, BENCI, BENCI!! Kump. baru utk modul kenegaraan SUX! Dulu punya syok gila. Jacky jauh lagi baik sbg ketua kumpulan drpd si celaka Zul (ntah apa nama dia). Stupid group. Kurang ajar lelaki2 dia. Malas betul! Tak harmoni betul! Bencilah!!
7.05 mlm
Nampaknya ramalan Dr.Wan (Ayien ckp doktor handsome) tak tepat. Hujan ptg dan lewat ptg. Adoh...tak sangka hujan. Tp td time mandi (dah mandi, tinggal basuh kain) wisel ditiup. Rupa-rupanya ada semburan racun nyamuk seluruh penginapan. Terkezut la jugak.

22/03/05
Hari ke-9
6.53 ptg
Smlm call rumah tp bila Yana sambut terus nangis...adede...Lemah semangat lepas nangis. Lain kali tak mau nangis. Cakap pun sekejap. Tp t/hari td call hp mama. Mama kat Labuan. Teresak-esak time bercakap. Lega sikit lepas call. Risau jg kalau lemah semangat sekali lagi. Pg and ptg td ada kelas modul kenegaraan. Ok la jugak. Oh ya, Jacky 2 hari lalu dah lukiskan Michael Rosenbaum. Cantik seh...

24/03/05
Hari ke-11
1.20 ptg
SOWREE!! Lupa tulis semlm. Smlm biasa sj. Bergurau-gurau. Gila tul. Ana kencing ada spider. Huahuahua. Baju lembap sebab tak sempat angkat jemuran. Berlari macam org gila balik bilik. Hari ni ada kelas. Kelas melukis graf kehidupan. Ok gak...Nak titon ar skrg...

25/03/05
Hari ke-12
3.00 ptg
Hari ni CUTI! Tp kena bgn jam 5.00, tak sempat sembahyang. 6.30 patut kumpul (Charlie) tp kumpul sampai 7.15. Ada majlis penyerahan anak angkat untuk budak-budak s'nanjung. Ada juga yg nangis. El dgn Ani nangis. Ani dr kumpulan Bravo, selalu sama-sama team bilik 10. Td balik penginapan jam 11, tidur sampai td, bgn sebab konon ada mau berkumpul di dewan makan. Chais! Kureng...Tp ada hujan, cepat2 pungut jemuran. Ada kering, ada yg lembap. Hmm...budak2 Kristian balik selama 3 hari start semlm. Mel, VJ dgn Ana balik dah. Jd tinggal 5 org sj. El dgn Ani kdg2 dtg bilik 10, bercerita. Gila team 10 ni. Selalu ketawa lebih2 lagi ketawa si Ayien. Gila ketawa dia...lucu...
7.43 mlm
Skrg tgh tunggu nak sembahyang di bilik. Surau jauh sgt. Oh ya, td pergi jumpa doktor sebab Ani sakit, bahu/leher sakit sebab angkat beg. Patin, Ayien dgn Za malas nak jln jd dgn suka hatinya temankan Ani pasal nak pi convinient store beli makanan. Tak sempat makan t/hari (tidur). Doktor Herwan (yg Mel ckp handsome) rupa-rupanya tak kurus, tak putih, tak la semua. Biasa sj...byk gak ubat dia bg. Pergi kanti beli ice-cream sebab langsung takda makanan best. Mkn w/pun hujan.

26/03/05
Hari ke-13
1.30 ptg
Hari ni ada lawatan VIP, warga parlimen dr s'nanjung (6 org), ada gak press. Ok la jg. Ada main DKRT, Daulat, Kerajaan, Rakyat, Tanah. Kumpulan yg dpt Rakyat - kumpulan A. Dgn Arni, Min, Pjg, Fai, Tai, Micha, etc. Kwn mula2 tu, Si Aida dah semakin tak rapat. Rapat dgn Arni (dlm kenegaraan). Cikgu Amy, gabung dgn kumpulan 10. Jd ada dua cikgu mengajar, Duh~ boring eh.
10.42 mlm
Td ada karaoke. Balik awal skit. Patin nak balik penginapan, tanda2 buku catatan solat utk wirawati. Ada sorg budak yg muka dia iras2 boy yg jumpa kat hospital. Agak ramai peminat sbb muka dia sekali pandang kira cun tp wateva. Sekali dia nyanyi, lucu eh! Bunyi gitar hancusss terus! Nama dia Roy kot...Erm...esok nak sms mama suruh bawak BANYAKK benda. Mesti hp! Nak msg Mimie, ....erk...Hadri. Itu sj. Takda kwn lain. Oh my sms friends, wait for me ok! Mesti sms y'all

27/03/05
Hari ke-14
2.30 ptg
Hari ni cuti mcm last week. Bgn pukul 8 pg. Aih, syoknya tidur. Hari ni jg cuci cadar n sarung bantal. Iza dpt hp dia jd pinjam call rumah. Pukul 12.45 pergi mkn dlm hujan lebat. Sgt la lebat....

28/03/05
Hari ke-15
10.50 mlm
Nak titon ar...karang cerita. Sebelum terlupa, td satu team dgn Arni, Aida, Ani, LiLing, Zulhilmi, and Shahrul - lukis peta negara ideal. SAKITNYA HATIKU INI...pembentangan sepatutnya ringkas, padat, teratur dan ideal. Arghh!! I can do better! (Duh~) tp dah berlalu....what to do also kan??

29/03/05
Hari ke-16
10.50 mlm
Hari ni ada pembentangan ttg alien sebelum kelas kemakmuran negara jiran (kumpul bahan dr luar dan buat sistem barter). Utk alien, team up dgn Arni, I dunno what to say, takda mood. Ok la gak dgn dia. Kawad hari ni guna baju PT, smlm baju celoreng (cantik seh!). Tp smlm ada PC, Cikgu Jun yg bg ceramah. Erm td kelas fizikal (di dewan mkn) baca peta dan kompas. Ala...simple2 saja. Okay, nak titon dgn El.

30/03/05
Hari ke-17
5.55 ptg
Today quite enjoyable. Beberapa hari lalu murung sj sbb takda apa yg best utk ketawa2. Dlm pd itu, rajin gak pi solat berjemaah kat surau (Maghrib dan Isyak sj). Byk gak ilmu agama dpt dr Patin. Patin sekolah agama tp ROCK! Dulu panggil dia Ustazah Slow Rock (Selorok) tp rupa2nya dia tak suka jd dah tak panggil la. Like me, kena panggil Zue, akibat nama terlalu pjg utk dipanggil (tahan2 hati sjlah). Yg best ttg panggilan Zue ni, bila diorang panggil ada pelbagai gaya. Ada yg Zu., Zuuu, Zuu-u, Zuh. Oh ya, kelas kenegaraan (sebelah pagi) belajar ttg lakonan yg mesti ditafsir. Gila eh. Berlakon jd penyokong kuat seorg rakyat patriotik (Alexson) hanya kerana admire rakyat tu. Dptlah pelakon wirawati terbaik. 2nd si Pjg kalau tak silap. Ke-3 si Raul. Nama betul Raul, Rozaidi. Suka buat pandangan tajam lama-lama kat ALL girls biarpun pelbagai rupa, saiz dan tahap kefriendlian. Selain dia, yg muka2 cun ialah Zulhilmi. Muka dia mcm hero dlm filem My Best Friend's Wedding. Ok, tak ku minat pdnya kerna ramai gak yg suka dia. Perangai ok, pandai dan tak jajal mcm budak2 lain. Mr Z-Alpha cute gak. Usha ni mmg kureng tp boring gak klu takda crita dgn kwn. VJ suka tgk budak VJ Charlie. Kdg2 itu yg buat perut nak pecah pasal ketawa. Budak tu dah tau VJ minat tgk kecoolan dia. Bocor rahsia. Ptd td ada latihan peta dan kompas. Syok + boring = syoring. Team Charlie (boys+girls) buat itu. Alpha tali tinggi (arseling...ntah eja mcmna). Delta main air (swimming2). Bravo plak buat kraf hutan (ikthiar hidup...ikhtiar hidup!). Ada hujan sj tiap hari especially t/hari, ptg, mlm. Kering jgn haraplah baju2 ni. Celoreng dah mula pakai masa kawad. Baru start Isnin ni. Quite enjoyable. Nama jurulatih kumpulan Charlie wirawati Dg. Zuraini. Cikgu Dayang. Ok gak. Hitam2, tinggi, kurus, pakai tudung, kdg2 lucu dan baik. Masa rehat kenegaraan pi toilet (tak pi minum pagi, malas). Arni pengsan. Org br paksa dia pi Medic tp degil. Br selangkah jln dah jatuh. Mak aih, berat ooo! Terpaksa budak2 kat toilet (ada gak Leletha, kwn lama) tolong. Dia period tiap masa. Dah sebulan dah dia period tu. Pastu kwnkan dia kat katil Medic. Bsah kain lap dia bg sejuk. Pastu mkn ubat dia titon. Tp yg boringnya kena temankan dia dekat 2 jam. 1 1/2 jam kot. Pen. Doktor bg buku utk baca. Syok!! Lain kali nak pi Medic semata-mata nak baca. Ok, nak siap gi dewan mkn.

1/04/05
Hari ke-18
Semlm ingat dah tulis...lupa agaknya. Pen hilang, ni pen Mel. Pagi td (4 pg) tonsil perit sgt. Mandi pun takda semangat. Tp tak sedar plak nak demam. Smlm kraf hutan (iktihar hidup). Pi hutan dah la sesat...hujan pulak tu. Dah kena hujan tu mmglah demam. Pastu, sebelum start kraf hutan tu makan lak eskrim. Bila mkn pagi td tak selera. Makan mee separuh sj. Semua org concern (luckily la). Team 10 suruh pi Medic. Last2, lepas ceramah universal (utk semua agama) dikendalikan oleh ustaz, sampai jam 10, pi Medic. Doktor tu syok arr cara pertuturan dia, Tp tak ngam dgn muka dia. Dia ckp temperature high (bila test dekat dahi). Tp heran dia bg panadol, lozengs dgn kumuh sj. Rest dekat bilik. El la yg tolong lapkan kepala. Extremely panas kepala tp badan sejuk sampai berdiri bulu roma. El tak tidur. t/hari makan ada masa utk tidur. Baiknya dia! Pastu diorang (Charlie) pi flying fox. Drpd 70 org, 26 sj yg sempat sebab hujan lebat. Masalahnya esok main air. Harap2 esok sihat. NITE!!

2/4/05
Hari ke-19 (S)
Hari ni, fortunately CUTI!! Smlm diberitahu. Maybe b'coz b'dak2 Buddhist gi cuti sampai Isnin. So, bgn pun pukul 7. Mkn jam 8. El balik, sembahyang di rumah. Today quite boring tp best sebab...

3/4/05
Hari ke-20 (A)
Yeah yay! Today family dtg melawat. Lebih kurang jam 10/11 dtg. Gumbira bkn main. Kena bw hp, ibox, hanger, penyepit, baju, air mineral, junk food, baju2, story book (the other side of the story), CD etc. Didi, ikha, papa, mama dab Auntie Im dtg. Makan2 di sini. Gumbira eh! Lapang dada...msg Lea, CTKang, Mimie (dia call). Uiseh, happy!

4/4/05
Hari ke-21 (I)
Today Cuti. Smlm berabis msg2. Tp today dgr mp3 tp dah takda power...Bgn pukul 9. 9.30 mandi. 12.30 pi mkn, balik bilik baring2...boring gak. Itu sj la...

6/4/05
Hari ke-23 (R)
Actually semlm ada swimming Charlie. Memula tu belajar buat raket. Then mulalah pakai life jacket turun sungai. Team dgn Cikgu Dyg. Pastu pegang tgn Patin. Uuiooh! Lumpur masa turun tu melekat, dia suck kaki, susah nak tarik. Bila swin tu tiba2 kaki tak sampai. Mmg dlm betul! Patin beribu kali tenggelam, terminum air sungai, terkapai-kapai tapi tabahnya dia...selamba saja. Then swim ikut arus...SYOK eh! Nak lagi!! Kemudiannya, swim puas2.

7/4/05
Hari ke-24 (K)
Hari ni Kembara Berhalangan.

9/4/05
Hari ke-26 (S)
10.40 mlm
Smlm busy. Today nak titon. 2moro tulis everything! L-U-V H-O-M-E-!

10/04/05
Hari ke-27 (A)
7.00 mlm
Hari ni mcm biasa cuti tp bukan hari melawat. Actually 2-3 hari ni tak tulis pasal nak tidur awal. So, kembara halangan quite ok. Mcm gayut tu jatuh bila sampai batang ke-2. Tp yg Tarzan Swing lepas. Taklah minum air kolam. Pakaipun celoreng full. Fun jugak. Masa nak gi panas badan kena ckp tengok kalau jatuh bgtau semua org. Jatuh gak...esok kena tegur pasal minum air katak...puih! Kembara halangan gabung dgn kumpulan Delta. Syok gak. Tp sedih sikit. Time Sabtu ada budak Beaufort dtg dr Sandakan. Lawa seh. Bapa dia org Scottish tp Soon ckp muka mcm bangla...ahaks. Mcm kelas mood ok tp buat2 BAD MOOD. Sedihlah tp tak mempengaruhi GOOD MOOD yg mmg ada di hati...cewah. Last2 time rehat main Raul. Iza dgn Patin pun jumpa gak. Rozaidi ckp nak bg pinjam today tp tak jd. Dia ckp hari nilah pinjam pukul 1.00 sampai 5-6 ptg. Hari ni kesinambungan kisah kenegaraan smlm. Bgn pukul 8. Mandi siap2 pi breakfast sambil ambil hp. Then El demam then pi mkn t/hari. Dtglah Aida dgn berita ada perjumpaan kelas Green and Peace utk lakonan yg dirancang smlm. Ckp jam 3 tp cadanganku jam 2 diterima. Maka dtglah Raul sebelum pukul 2. Main2 then pergi kelas (hujan pun ada). Lalu bincang2 pasal lakonan. Masalahnya Rozaidi nak Raul pukul 3. Ok la...macam mana pun kenalah faham ibu dia tgh mencarinya. Pastu kisah sedih x10000. Tinggal botol air. Pastu balik. Ana hilang jam di sejak pagi jd ada pengumuman td then pi urusetia ambil jam dr Ustaz. Maka dipendekkan cerita gi mandi and usai2 all then menulis.............

11/04/05
Hari ke-28 (I)
11.15 mlm
LDK, LDK, LDK. Jealous Jealous Jealous!

18/04/05 (I)
7.10 mlm
SORRY BELUM TULIS WILL CONTINUE TONIGHT (ALL STORIES)


I don't know why I didn't write till the end. Hehe. I really miss that time, a great memory. Will upload few pix later. Now I'm thinking of how to contact them all...

Tuesday, November 25, 2008

1st Entry : What's With Me Now

I have like...4 'unintended private' blogs since I was 17. Guess what? Predict this to be a hangat-hangat tahi ayam punya public blog. Hee. I created this same day with Taff but hey, he already posted 3 entries. I'll soon have 10 entries by the time you get home dark skinned, Taffy. I know you're fond of fair skin complexion, awww. Ahax xD. How I envied Untel (derived from buntal, actually it's Ikha, my lil sis), she has a great 13 years old blog. Truly enjoyed reading her entries, except for the crush part ;P


Just yesterday my bro and I drove my kerabat keluarga (my mum's side) to KKIA, Kota Kinabalu International Airport. Getting used driving bigger car than Kelisa but little bit challenging though, to agak-agak tepi dan depan kereta sebab, well, I was short to begin with. So far I've tried Iswara, Isuzu Trooper and Toyota Unser. I was pissed off when they kept on asking me to slow down while driving Kelisa in the right lane and cars behind us were accelerating. I would have stayed on the left lane and let them overtake if not for the need to keep on the right lane T_T. Some time later I drove Trooper and they didn't even said a word! I was amazed that I tried to drive superly crazy to test if that makes a different. And still, no one complaints. Haha. I found out that it's on the matter of stability. Kelisa feels sooooo laju even it's only 50 km/h. Ceh, aparaa. Sia-sia ku mengpiss offkan diri T_T


My kerabat keluarga all came from Melaka, some works in Johor and Singapore. The latest generasi, my lil niece and nephew which is Bryan and Felicia can't converse in Malay or English except for a few popular words (1 - 10, bye-bye, kakak etc). For few days I used hand signal and pick up 2 to 3 words in Mandarin like wo pao ni (I dukung you), ni kan (you tengok), pu yau (jangan), and most famous one, ciau kuku Yani (say/panggil aunty Yani). Honestly, it was frustrating not able to bermesra-mesra alam with them. Sigh. But it was nice to get to know their mother, Pei Yi because I never spoke to her. Some sort of relief knowing I can talk to her this coming CNY. Can't wait!


I only came back from campus on 14th Nov, fallen ill for few days (can't even remember when was I last demam teruk) and great, I was sick longer than expected for refusing to go to Klinik Luyang. Right after I felt better, the spring cleaning took place, preparing for the 14 orang kerabat. Then they all went back yesterday. Today marks the day that I was totally on holidays and before I can gratefully embrace the kemerdekaan, I noticed that I was to replace my sister's 6 months position as my mum's PA, personal assistant. Oh noooooooo.

My sister has just started her first job (UiTM baru ni grad day) so I'm the target now. I was in deep slumber when my mum called home and asked me to call Awana Genting Hotel and check this and that immediately. She's with my Untel and Didi (my lil bro), pergi Genting without me. Yala siapa suruh balik rumah. Then my sis sms me to book Ena (my lil sis) punya tiket balik from Medan for her cuti december nanti. She studied medicine there and now uses ribu in currency and dosen means lecturer, pulsa means credit hp in Indonesia. I booked the international flight and learn new things. Difference with the usual one is that they asked for passport number (harus la), away number and the total number is in rupiah. I went crazy searching for Ena's photocopied passport, not yet used with this house anymore. After that I get to know my dad's credit card number. I only know my mum's. I felt so ketinggalan in this house. A lot of catching up to do. Wawawawa. I also came across a lot of documents that I ignore all these years. What even more is I accidently read my father punya slip exam time study UM dulu. Some subjects he took are same with mine. Haha. I'm not as good as my dad in studying animals and plants T_T. Hopefully, with all the pening jadi PA will in return assist me to discover the secrets in this house. I'm so curious what else I didn't know (???)

Yeap, end of my first entry, 9 more to go. Below are some pix. Daaaa~


Some are not in the pix




Pei Yi, Felicia, Koko Soon and Bryan